Dia melihat suasana di sekelilingnya . Tiba-tiba dia teringat apa yang telah terjadi pada malam sebelumnya . Sahabatnya memilih untuk membawanya ke hospital pada malam itu juga .
"Dia dah makan satu papan panadol . Risau !"
Masih terngiang-ngiang suara-suara sahabatnya . Entah dari mana datangnya kekuatan mahu menelan panadol sebanyak itu pon dia sendiri tidak tahu . Ibarat makan gula-gula sahaja . Walhal , dialah orang yang paling tidak suka makan ubat .
Benar , dia kecewa . Bahkan , sangat kecewa . Lantas dia mahu menyakiti dirinya sendiri . Untuk apa hidup kalau tidak ada yang sayang ?
"Sarah kami sayangkan kamu . Biarkan dia . Kami , kan ada ?"
Kini , dia terbaring di atas katil sebuah hospital gara-gara kecewa . dirinya terlampau mengagungkan cinta seorang lelaki sehingga terlupa akan cinta sejuta sahabat di sekelilingnya . Itu merupakan pengajaran baginya . Teman mengangis di sisinya sentiasa ada , cuma dia sahaja yang tidak peduli .
Itu cerita lama . Kisah silam .
Kita tidak selamanya berada pada masa silam
Kita tidak selamanya berada pada masa silam . Kita tidak selamanya jatuh tersungkur . Tidak . Tidak ada pendosa yang tidak punya masa hadapan dan tidak ada orang alim yang tidak punya kisah silam .
Apa pun yang pernah terjadi pada masa lalu , tidak langsung mencerminkan apa yang bakal terjadi di masa hadapan kita .Jangan meletakkan pause terlalu lama . Berusahalah untuk bangkit secepat mungkin . Apabila sekalii terjatuh , fikir dan ambil HIKMAH nya . Itu prinsipnya . Bukan hanya ambil separuh yang kita mahu . Yangg kita tidak mahu , kita tidak amalkan . Bukan begitu .
Apabila ada perkara yang menyakiti kamu , jangan dikenang tetapi kutiplah pengajaran yang berharga daripadanya .
Biarlah kita terpilih untuk merasakan keperitan kerana disebalik keperitan itu , ALLAH sedang mengajar sesuatu yangg amat berharga .
Biarlah kita yang merasa kekecewaan itu , kerana ketika itu ALLAH sedang mendidik dan mentarbiyah kita .
Biarkan kita direndah-rendahkan manusia asalkan ALLAH meninggikan kita dengan nilai kesabaran . Itu pun sudah cukup .
Sungguh , berubah itu payah . Muujahadah itu memang pahit kerana syurga yang kita amat dambakan itu indah dan begitu mahal harganya . Mana mungkin dengan pengorbanan yang sedikit , kita mengimpikan syuga yang paling tinggi darjatnya ? Tinggalkanlah segala perkara yang mengingatkan diri kita tentang DOSA . Tinggalkan keselesaan itu dan binalah kubu pertahanan dalam diri dengan tarbiyah . Biarlah kita kehilangan sesuatu atau seseorang yang dicintai didunia demi menegakkan syariat-Nya . Asalkan kita tidak selesa dengan DOSA dan meminggirkan hukum ALLAH .
Di saat hatimu gundah-gulana kerana kekecewaan , akrabkan lah dirimu dengan AL-QURAN . Tenangkan hati dengan ayat ayat ALLAH . Bina hubungan dengan Penciptamu di saat kamu mula keraguaan ! Apabila kamu sudah yakin bahawa Dia sentiasa ada , setiap saat dan ketika , pasti kerisauan mu juga akan hilang . Ingatlah juga kepada sirah RASULULLAH S.A.W dan hebatnya perjuangan Baginda dan para sahabat . Itulah hasil yang lahir daripada Madrasah tarbiyah RASULULLAH S.A.W .
Sungguh ! Rupa-rupanya , cinta kita kepada ALLAH masih rapuh . Kerana itu , hati kita merana malah terseksa ! Dosa yang dibiasakan , pada awalnya nampak manis dan indah semuanya kerana hasil tipu daya syaitan !
Mulai saat ini , biarlah ketaatan ini diserahkan pada yang Maha Berhak . Kalaupun kita terpaksa menangis lagi , biarlah titisan air mata itu mengalir kerana menangisi DOSA-DOSA lalu . Bukan sekadar mengalir sia-sia . Yakinlah setiap percubaan kamu dalam berubah itu akan ALLAH nilai . Biarpun ia sedikit . Asalkan Istiqamah . Meskipun ia permulaan yang pahit , tetapi buah di akhirnya pasti akan terasa amat manis sekali .
Jangan jadikan diri kita hamba DOSA . Berlama-lamaan dengan DOSA sehingga selesa . Jangan jadikan diri kita lebih mencintai kelalaian daripada mencintai perjuangan . Lawanlah kehendak hati dan kawallah Nafsu yang mengajak kepada perkara yang tidak mendatangkan MAANFAAT . Insya Allah . Moga pengakhiran yang baik itu adalah untuk kita !

Thank you :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan